Thursday, October 20, 2016

Pemilihan jenis material cover kerusi urut

Kebanyakan kerusi urut dipasaran di Malaysia tidak tahan terutamanya pada cuaca dan keadaan lembab dengan cuaca tempatan. Disebabkan itu banyak terjadi kes cover mengelupas dan bila lebih 3-4 tahun selalunya cover kerusi urut sudah mulai ada kesan retak atau mengelupas yang menyebabkan kita sudah tidak selesa mengunakannya. Bila sudah tidak selesa kita mulai tidak sukakannya dan meletakkan kerusi urut itu diluar rumah, di stor, di bawah garage dan sebagainya dan amat sayang sekali sebab masa beli dulu agak mahal.

Dari 'reseach' yang kami lakukan ada material yang paling sesuai dalam mengabil kira beberapa faktor antaranya adalah :

1 - Faktor keselesaan (lembut, tidak panas)
2 - Faktor fungsi (airbag, roller dan pergerakan kerusi)
3 - Faktor tahan lama
4 - Faktor kos

Disebabkan faktor-faktor ini jadi kami memilih material jenis PU Mercedes yang mempunyai ciri-ciri tersebut. Memang tidak dinafikan material terbaik adalah jenis 'Leather' yang di gunakan pada kerusi urut Brand Fujiiryioki yang dari Japan. Tapi lihat pula pada harga kerusi tersebut!!!

PU Mercedes ini selali digunakan bagi cover kusyen kereta dan tentu sekali selalu kita lihat cover kusyen kereta amat lasak dan selalu berada pada suhu yang tinggi terutamanya bila kereta berada di tengah panas tapi masih utuh dan mengambil masa agak lama untuk rosak.

Cuma ada kekurangan/kelemahan PU Mercedes ini adalah alah pada minyak. Tips penjagaannya mudah saja :

1 - Selalu lap kerusi dengan kain yang lembut dan kering (jangan gunakan pengilat tayar ye..)
2 - Jangan mengurut/menggunakan kerusi urut tanpa berlapik/tidak berbaju kerana kulit manusia beminyak
3 - Jangan pula letak minyak urut pada badan 
4 - Jauhi cahaya matahari dari terkena kerusi urut 

Harap perkongsian ini dapat membantu dan memberi idea untuk Tuan-Tuan dan Cik Puan semua.

Sayangi kerusi urut anda!!!




Massage chair - Error Code 01

Perbincangan pada kali ini adalah mengenai error code 01 bagi kerusi urut yang agak kerap juga masalah ini berlaku terutamanya kerusi model yang agak lama. Walaupun demikian model baru pun adakalanya terjadi juga sebegini. Bukan kerusi urut sahaja malah sesetengah treadmill pun mengalami error yang sama iaitu '01'.

Jika anda nampak error '01' ini berlaku pada controller jangan panik terus call technician, cuba periksa dahulu beberapa perkara. Ikuti langkah-langkah mudah ini :

1- Tutup bekalan elektrik dahulu (tak pasal2 shock..)
2- Periksa remote/controller kerusi urut/treadmill. Cuba perhatikan setiap butang (button) tidak lekat (stuck).
3- Jika ada yang lekat (stuck), cuba 'adjust' sikit sebab kebiasaan jadi macam ni remote jenis pakai keypad getah.
4- Cuba ON kerusi urut/treadmill tu

Selamat mencuba...

Kebiasaan error 01 adalah terjadi akibat dari papan litar utama mengesan keypad ditekan melebihi 25 saat dan jika ini berlaku papan lita utama akan menghantar signal error 01. Jika ini terus berlaku walaupun keypad pada remote/controller dalam keadaan baik terus hubungi/whatsapp kami. Insya'Allah kami bantu dengan yang terbaik.     

Thursday, August 18, 2016

Kelewatan dalam menyiapkan tempahan cover kerusi urut

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelanggan kami. Kami ingin memohon maaf kerana mungkin diantara pelanggan kami yang agak lambat dalam menyiapkan kerja-kerja pembaikian terutamanya pembuatan cover kerusi urut disebabkan baru-baru ini ketiadaan staf yang mencukupi dalam proses menjahit cover baru. Semua telah pulih seperti biasa. Segala kesulitan amat dikesali. 

Monday, February 22, 2016

Kemungkinan untuk error code 04,18 dan 20 bagi Model OG 2850, OG 5538 dan OG 5538A

Kali ini kami ingin membincangkan mengenai kerusi urut brand Ogawa model lama iaitu OG 2850, OG 5538 dan OG 5538A. Secara mudahnya error code 04, 18 dan 20 yang keluar pada remote ini adalah akibat dari rolling yang tidak berfungsi secara normal. Antara kemungkinan yang mungkin adalah keretakan/kehausan gear dalam motor. 

Selain dari itu, sensor pada rolling motor juga menjadi penyebab error code ini berlaku. Ini disebabkan sensor tidak dapat signal kepada main board untuk kiraan putaran motor dan kebiasaan sensor ini akan ditukar terus sekiranya rosak. Tetapi jangan risau, jarang berlaku sensor rosak.

Faktor lainnya adalah transfomer. Model OG 2850, OG 5538 dan OG 5538A menggunakan model transfomer yang sama dan model transfomer ini jenis bulat dan single input double output IN 230V OUT 10.3V/12V. Jika salah satu dari output ini tidak mengeluarkan voltan yang stabil error code ini juga akan keluar.





Rangka Model OG 2850 SMART SPACE


Mizan 010-7604342

Antara Kerja-Kerja Yang Kami Lakukan


Alhamdulillah selesai tugas kami di Kuala Terengganu untuk pemasangan Cover kerusi urut yang ditempah pelangan. Walaupun ada beberapa kerosakan kecil yang lain perlu kami baiki semuanya berfungsi dengan baik.

Mungkin proses menukar cover ni agak memakan masa yang agak lama tetapi kami mempunyai alasan tersendiri iaitu setiap hasil kerja kami perlukan ketelitian dan kami selalu ibaratkan setiap kerusi urut pelangan seperti kami buat untuk diri kami sendiri. Jika kami sendiri tidak puas hati bagaimana kami hendak memuaskan hati pelanggan kami.

Kami harap pelanggan ang telah mengunakan perkhidmatan kami berpuas hati degan hasil kerja kami.









Mizan 010-7604342

Friday, January 8, 2016

Lokasi tempat servis.

Tujuan perkongsian kami dalam blog ini adalah jika pelanggan memerlukan bantuan teknikal dan kerosakan boleh diselesaikan secara sendiri @ D.I.Y ITU adalah lebih baik kerana tujuan kami ialah membantu pelanggan kerusi urut dalam mengurangkan kos pembaikian. Walaubagaimana pun mungkin tidak semua dapat diselesaikan sendiri dan perlu bantuan dari kami, kami sedia membantu untuk membuat servis secara 'door to door' untuk pelanggan.

Kami mempunyai beberapa Team yang membantu di beberapa kawasan di hampir ke seluruh semenanjung Malaysia terutamanya di KL/Selangor, N9, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Bagi tempat yang tidak kami beritahu tadi kami juga sedia membantu.

Mizan 010-7604342