Thursday, October 20, 2016

Pemilihan jenis material cover kerusi urut

Kebanyakan kerusi urut dipasaran di Malaysia tidak tahan terutamanya pada cuaca dan keadaan lembab dengan cuaca tempatan. Disebabkan itu banyak terjadi kes cover mengelupas dan bila lebih 3-4 tahun selalunya cover kerusi urut sudah mulai ada kesan retak atau mengelupas yang menyebabkan kita sudah tidak selesa mengunakannya. Bila sudah tidak selesa kita mulai tidak sukakannya dan meletakkan kerusi urut itu diluar rumah, di stor, di bawah garage dan sebagainya dan amat sayang sekali sebab masa beli dulu agak mahal.

Dari 'reseach' yang kami lakukan ada material yang paling sesuai dalam mengabil kira beberapa faktor antaranya adalah :

1 - Faktor keselesaan (lembut, tidak panas)
2 - Faktor fungsi (airbag, roller dan pergerakan kerusi)
3 - Faktor tahan lama
4 - Faktor kos

Disebabkan faktor-faktor ini jadi kami memilih material jenis PU Mercedes yang mempunyai ciri-ciri tersebut. Memang tidak dinafikan material terbaik adalah jenis 'Leather' yang di gunakan pada kerusi urut Brand Fujiiryioki yang dari Japan. Tapi lihat pula pada harga kerusi tersebut!!!

PU Mercedes ini selali digunakan bagi cover kusyen kereta dan tentu sekali selalu kita lihat cover kusyen kereta amat lasak dan selalu berada pada suhu yang tinggi terutamanya bila kereta berada di tengah panas tapi masih utuh dan mengambil masa agak lama untuk rosak.

Cuma ada kekurangan/kelemahan PU Mercedes ini adalah alah pada minyak. Tips penjagaannya mudah saja :

1 - Selalu lap kerusi dengan kain yang lembut dan kering (jangan gunakan pengilat tayar ye..)
2 - Jangan mengurut/menggunakan kerusi urut tanpa berlapik/tidak berbaju kerana kulit manusia beminyak
3 - Jangan pula letak minyak urut pada badan 
4 - Jauhi cahaya matahari dari terkena kerusi urut 

Harap perkongsian ini dapat membantu dan memberi idea untuk Tuan-Tuan dan Cik Puan semua.

Sayangi kerusi urut anda!!!




1 comment: