Thursday, October 20, 2016

Massage chair - Error Code 01

Perbincangan pada kali ini adalah mengenai error code 01 bagi kerusi urut yang agak kerap juga masalah ini berlaku terutamanya kerusi model yang agak lama. Walaupun demikian model baru pun adakalanya terjadi juga sebegini. Bukan kerusi urut sahaja malah sesetengah treadmill pun mengalami error yang sama iaitu '01'.

Jika anda nampak error '01' ini berlaku pada controller jangan panik terus call technician, cuba periksa dahulu beberapa perkara. Ikuti langkah-langkah mudah ini :

1- Tutup bekalan elektrik dahulu (tak pasal2 shock..)
2- Periksa remote/controller kerusi urut/treadmill. Cuba perhatikan setiap butang (button) tidak lekat (stuck).
3- Jika ada yang lekat (stuck), cuba 'adjust' sikit sebab kebiasaan jadi macam ni remote jenis pakai keypad getah.
4- Cuba ON kerusi urut/treadmill tu

Selamat mencuba...

Kebiasaan error 01 adalah terjadi akibat dari papan litar utama mengesan keypad ditekan melebihi 25 saat dan jika ini berlaku papan lita utama akan menghantar signal error 01. Jika ini terus berlaku walaupun keypad pada remote/controller dalam keadaan baik terus hubungi/whatsapp kami. Insya'Allah kami bantu dengan yang terbaik.     

1 comment: