Monday, February 22, 2016

Kemungkinan untuk error code 04,18 dan 20 bagi Model OG 2850, OG 5538 dan OG 5538A

Kali ini kami ingin membincangkan mengenai kerusi urut brand Ogawa model lama iaitu OG 2850, OG 5538 dan OG 5538A. Secara mudahnya error code 04, 18 dan 20 yang keluar pada remote ini adalah akibat dari rolling yang tidak berfungsi secara normal. Antara kemungkinan yang mungkin adalah keretakan/kehausan gear dalam motor. 

Selain dari itu, sensor pada rolling motor juga menjadi penyebab error code ini berlaku. Ini disebabkan sensor tidak dapat signal kepada main board untuk kiraan putaran motor dan kebiasaan sensor ini akan ditukar terus sekiranya rosak. Tetapi jangan risau, jarang berlaku sensor rosak.

Faktor lainnya adalah transfomer. Model OG 2850, OG 5538 dan OG 5538A menggunakan model transfomer yang sama dan model transfomer ini jenis bulat dan single input double output IN 230V OUT 10.3V/12V. Jika salah satu dari output ini tidak mengeluarkan voltan yang stabil error code ini juga akan keluar.





Rangka Model OG 2850 SMART SPACE


Mizan 010-7604342

5 comments:

  1. kerusi urut ogawa smart space saya keluar error 04 Di remote... blh tlg baiki?

    ReplyDelete
  2. Sama.. ogawa saya pun keluar code 04. Ada peluang utk repair ke?

    ReplyDelete
  3. Kerusi Gintell sya keluar code E7 ..apa maksud tu tuan?

    ReplyDelete
  4. It keeps on showing & beeping 02 or 00

    ReplyDelete