Friday, January 9, 2015

Kerosakan Kerusi Urut Atau Peralatan Elektronik Lain Akibat Banjir

Banjir yang melada di negeri-negeri di pantai timur terutamanya di Kelantan telah mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta benda. Ramai juga diantara mangsa yang mengalami perkakas elektrik dan elektronik yang terkena air akibat banjir. Tidak terkecuali juga kerusi urut,

Disini ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan bagi meminimumkan kerosakan pada peralatan elektrik terutama kerusi urut.


# Tips 1




Jangan sesekali ON ketika peralatan masih lagi basah. Bagi kerusi urut, buka back rest cover dan anda boleh lihat jika ada kotoran seperti lumpur yang melekat anda boleh gunakan air yang perlahan untuk membuang lumpur dengan menggunakan berus cat. Anda diingatkan jangan sesekali menggunakan jet air (water jet), kerana pancutan yang deras boleh mengakibatkan kerosakan pada komponen elektronik,

Selepas dicuci dengan air bersih dan perlahan itu, anda boleh keringkan dengan menjemur atau menggunakan blower jika ada. Pengering rambut atau dryer tidak digalakkan.


# Tips 2



Kadang-kadang dicelah-celah komponen/wayar/dawai motor sukar untuk kita bersihkan denga air anda juga boleh menggunakan contact cleaner untuk membersihkannya. Anda boleh menggunakan brand WD4T atau lebih baik lagi PHILIP (pastikan yang original) dan lain-lain brand yang anda rasa sesuai.


#Tips 3



Untuk kerusi urut, anda perlu meletak pelincir pada gear box pada back rest terutamanya pada bearing dan juga sendi-sendi yang bergerak seperti roller. Ini bagi menjaga dari bearing atau bahagian-bahagian lain itu dari berkarat.


#Tips 4



Periksa kesemua belt jika ada pada rolling motor, tapping motor dan needing motor. Lapkan dengan kain bersih jika ada kesan lumpur atau pasir yang melekat pada belt.




  Mizan 010-7604342

No comments:

Post a Comment