Sunday, January 18, 2015

Fungsi Gearbox

Gearbox dalam backrest mempuyai banyak jenis. Terdapat 2 jenis gearbox yang biasa digunakan iaitu jenis 2D dan 3D. Walau bagaimana pun terdapat gearbox jenis yang terbaru 4D upgrade dari jenis 3D. Pada kebiasaannya yang ketara perbezaan adalah yang jenis 2D dan 3D.

Gearbox 2D

Ia merupakan jenis konvensional yang dipakai pada kerusi urut generasi sebelum ini. Terdapat 3 motor utama yang menyokong pergerakan massage roller bagi mengurut pengguna. Motor yang pertama bertujuan untuk pergerakan rolling iaitu pergerakan UP and DOWN. Terdapat sensor yang terdapat dalam gear dalam roller yang bergerak untuk mengawal posisi roller sama ada ke atas atau ke bawah. Motor yang kedua adalah motor kneading yang berfungsi untuk mengerakkan massage roller ke kiri dan ke kanan. Motor ini juga terdapat sensor pada ssbelah tepi di luar pada motor bagi mengesan setiap pergerakan massage roller. Motor yang ketiga berfungsi untuk taping yang bertujuan untuk mengawal ketukkan massage roller. Motor ini tiada apa-apa sensor yang menyokong pergerakan.

Apa yang penting pada motor-motor ini adalah belting yang menghubungkan motor dengan pulley kerana jika terputus terdapat error pada remote dan sesetengah jenis kerusi urut tidak boleh di ON.

No comments:

Post a Comment