Monday, June 9, 2014

Kerosakan Treadmill

Kerosakan biasa Treadmill


Mungkin diantara ramai dari kita suka menggunakan Treadmill. Ini kerana ia satu alat suka yang amat mudah dan kita tidak perlu keluar berjoging diluar rumah. Hanya 15-30 minit sahaja sehari. Tetapi ramai yang memikirkan tentang harga yang agak mahal untuk mendapatkan treadmill setaraf dengan pusat-pusat Gym dan harganya mencecah belasan ribu. Oleh itu, kita pengguna biasa hanya memilih harga sekitar RM 3000 kebawah dan kualiti agak kurang.

Di sini kami memberi sedikit tips2 jika berlaku kerosakan dan cara mengatasi.


Kerosakan pada Roller: Lose Grip.

Terjadi apabila motor treadmill bergerak tetapi bila pengguna naik ke atas running deck,track tidak bergerak dan hanya motor bergerak. Bila beban ada track tidak bergerak dan bunyi macam haus dan kadang2 berbau hangit plastik.

Caranya

Buka roller depan pada track dan lihat pulley yang menyambungkan belting dengan motor. Periksa dan pastikan pulley itu tidak longgar. Jika longgar itu ia punca berlaku keadaan tersebut. Pisahkan pully dengan roller dan gunakan gam 2 Tan (epoxcy) untuk melekatkannya semula.(Perhatian;berhati-hati dengan juruteknik yang dihantar oleh syarikat kerana terdapat beberapa kes yang kami jumpa hanya melekatkannya dengan gam cap gajah/3 second sahaja). Setelah betul-betul kering pasang semula roller tersebut.



Kerosakan pada Running Deck: Pecah/Retak

Pengguna akan merasakan melengkung dan tidak selesa semasa membuat larian di atas Running Deck. Biasanya berlaku jika penguna selalu berlari pantas atau lebih dari berat seperti dalam spesifikasi peralatan tersebut

Caranya

Buka Running Deck dengan membuka semua skru/kekunci Ellen pada penjuru Running Deck. Jika didapati retak atau pecah anda tidak perlu risau kerana ia boleh diganti. Kalau digantikan dengan seperti dari pengeluar ianya agak mahal. Anda boleh juga ke kilang membuat perabot untuk menempahnya dan kami syorkan supaya menampah satu plat besi pada bawah Deck dan menjadikannya lebih kuat.

Kerosakan selalu berlaku pada Main Board

Sudah berkali-kali menukar Main Board walaupun kadang-kadang sesetengah kes tu peralatan masih lagi dalam Warranty Period. Ini berlaku disebabkan pengudaraan tidak baik bagi menyejukkan IC pada Main Board

Caranya

Pastikan ruang penggunaan Treatmill berada pada pengudaraan yang baik. Buka cover bawah dan lihat jika berlaku kekotoran pada kipas penyejuk. Biasanya peralatan harga rendah kipas penyejuk ada terus pada Running Motor. Tebuk beberapa lubang bagi pengaliran udara jika perlu



Untuk kerosakan-kerosakan yang lain, InsyaAllah kita akan bertemu lagi. 

Sebarang bantuan hubungi kami.


Mizan 010-7604342

No comments:

Post a Comment