Sunday, June 22, 2014

Error code OGAWA model OG 6228 Smart Sense dan OG 7538 Smart Delight

OGAWA Smart Delight (OG 7538) dan Smart Sense (OG 6228)

Ogawa OG 7538


Ogawa OG 6228



Disini kita kembali membincangkan tentang  “error code” untuk model OG 7538 Smart Delight dan OG 6228 Smart Sense Brand OGAWA yang mungkin membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

Bagi memeriksa jenis kerosakan yang mungkin berlaku disini beberapa langkah yang perlu dibuat sebelum anda merujuk pada jadual “error code” dibawah.



  1.         Tekan dan pegang butang Kneading + Tapping + Power selama 2 saat untuk mengaktifkan fungsi “Self         Diagnostic”
  2.         Kerusi urut akan bermula operasi untuk mengesan masalah.  
  3.         Jika tiada masalah dikesan, kerusi urut akan kembali ke tempat asal dengan sendiri.
  4.         Sekiranya masalah dikesan, alat kawalan akan menunjukkan kod kesilapan dan suara “pit pit”*
  5.         Tekan butang Kneading + Tapping + Power sekali lagi menamatkan fungsi “Self Diagnostic”


Jadual 1 Penerangan "Error Code"


Kod
Penerangan
Sebab-sebab yang mungkin
Pembetulan
01
Butang alat kawalan tersangkut selama 45 saat
-Butang tersangkut
-Semak butang
03
Komunikasi antara PCB 3D dan PCB sentral putus selama 4 saat
-Wayar putus
-Penyambungan wayar yang tidak kukuh
-Semak sambungan wayar
-Tukar wayar
07
Lebih daripada satu isyarat “Width” dikesan pada masa yang sama
-PCB pengesan isyarat “Width” rosak
-Penyambungan wayar yang tidak kukuh

-Tukar PCB
-Semak sambungan wayar
08
Isyarat “widest width” gagal dikesan sedalam 5 saat
-PCB pengesan isyarat “Width” rosak
-Penyambungan wayar yang tidak kukuh
-Motor rosak atau belt rosak
-Tukar PCB
-Semak sambungan wayar
-Tukar motor atau belt
15
Isyarat alat pengira jarak dalam “Backrest” berlaku kesilapan
-Alat pengira jarak rosak
-Penyambungan wayar yang tidak kukuh
-Tukar alat pengira jarak
- Semak sambungan wayar
26
Isyarat alat pengira jarak Motor Zero-G gagal dikesan selepas motor dihidupkan selama 2.5 saat

-Motor rosak
-Penyambungan wayar yang tidak kukuh
-Wayar alat pengira jarak tidak kukuh
-Tukar motor
-Semak sambungan wayar
-Semak wayar alat pengira jarak



Sekiranya anda menghadapi lain-lain jenis error code yang tidak dapat disenaraikan anda boleh menghubungi kami secara terus untuk mendapat kepastian.

Mizan 010-7604342

No comments:

Post a Comment