Sunday, June 22, 2014

Error code OGAWA model OG 6228 Smart Sense dan OG 7538 Smart Delight

OGAWA Smart Delight (OG 7538) dan Smart Sense (OG 6228)

Ogawa OG 7538


Ogawa OG 6228



Disini kita kembali membincangkan tentang  “error code” untuk model OG 7538 Smart Delight dan OG 6228 Smart Sense Brand OGAWA yang mungkin membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

Bagi memeriksa jenis kerosakan yang mungkin berlaku disini beberapa langkah yang perlu dibuat sebelum anda merujuk pada jadual “error code” dibawah.



  1.         Tekan dan pegang butang Kneading + Tapping + Power selama 2 saat untuk mengaktifkan fungsi “Self         Diagnostic”
  2.         Kerusi urut akan bermula operasi untuk mengesan masalah.  
  3.         Jika tiada masalah dikesan, kerusi urut akan kembali ke tempat asal dengan sendiri.
  4.         Sekiranya masalah dikesan, alat kawalan akan menunjukkan kod kesilapan dan suara “pit pit”*
  5.         Tekan butang Kneading + Tapping + Power sekali lagi menamatkan fungsi “Self Diagnostic”


Jadual 1 Penerangan "Error Code"


Kod
Penerangan
Sebab-sebab yang mungkin
Pembetulan
01
Butang alat kawalan tersangkut selama 45 saat
-Butang tersangkut
-Semak butang
03
Komunikasi antara PCB 3D dan PCB sentral putus selama 4 saat
-Wayar putus
-Penyambungan wayar yang tidak kukuh
-Semak sambungan wayar
-Tukar wayar
07
Lebih daripada satu isyarat “Width” dikesan pada masa yang sama
-PCB pengesan isyarat “Width” rosak
-Penyambungan wayar yang tidak kukuh

-Tukar PCB
-Semak sambungan wayar
08
Isyarat “widest width” gagal dikesan sedalam 5 saat
-PCB pengesan isyarat “Width” rosak
-Penyambungan wayar yang tidak kukuh
-Motor rosak atau belt rosak
-Tukar PCB
-Semak sambungan wayar
-Tukar motor atau belt
15
Isyarat alat pengira jarak dalam “Backrest” berlaku kesilapan
-Alat pengira jarak rosak
-Penyambungan wayar yang tidak kukuh
-Tukar alat pengira jarak
- Semak sambungan wayar
26
Isyarat alat pengira jarak Motor Zero-G gagal dikesan selepas motor dihidupkan selama 2.5 saat

-Motor rosak
-Penyambungan wayar yang tidak kukuh
-Wayar alat pengira jarak tidak kukuh
-Tukar motor
-Semak sambungan wayar
-Semak wayar alat pengira jarak



Sekiranya anda menghadapi lain-lain jenis error code yang tidak dapat disenaraikan anda boleh menghubungi kami secara terus untuk mendapat kepastian.

Mizan 010-7604342

Monday, June 9, 2014

Massange Chair Brand BIOMEX

Tukar cover Massange Chair Brand BIOMEX
 

Brand ini agak jarang didapati di kawasan pantai timur tetapi kami pun ianya dikeluarkan dari syarikat mana. Pada mulanya pelanggan dari Nagoya Jepun ini minta kami baiki kerusi urut beliau kerana tidak boleh ON sahaja. Bila diperiksa ia cuma board remote teroksidas(bunga karat). Kami cuma mencadangkan untuk menukar cover pada kerusi tersebut. Maaf gambar sebelum kami tidak ambil kerana keadaan amat menyedihkan dan pelanggan ini terpaksa meletak kain untuk duduk diatasnya. Setelah beberapa bulan pelanggan ini menalifon kami untuk tukar cover ini. Cuma kami terpaksa mengambil masa agak sedikit lama antara 3-4 minggu kerana kurang terbiasa memotong ukuran kerusi yang tidak biasa kami baiki.

Ini adalah hasil dari dibalut dengan cover baru.


 

Mizan 010-7604342

Kerosakan Treadmill

Kerosakan biasa Treadmill


Mungkin diantara ramai dari kita suka menggunakan Treadmill. Ini kerana ia satu alat suka yang amat mudah dan kita tidak perlu keluar berjoging diluar rumah. Hanya 15-30 minit sahaja sehari. Tetapi ramai yang memikirkan tentang harga yang agak mahal untuk mendapatkan treadmill setaraf dengan pusat-pusat Gym dan harganya mencecah belasan ribu. Oleh itu, kita pengguna biasa hanya memilih harga sekitar RM 3000 kebawah dan kualiti agak kurang.

Di sini kami memberi sedikit tips2 jika berlaku kerosakan dan cara mengatasi.


Kerosakan pada Roller: Lose Grip.

Terjadi apabila motor treadmill bergerak tetapi bila pengguna naik ke atas running deck,track tidak bergerak dan hanya motor bergerak. Bila beban ada track tidak bergerak dan bunyi macam haus dan kadang2 berbau hangit plastik.

Caranya

Buka roller depan pada track dan lihat pulley yang menyambungkan belting dengan motor. Periksa dan pastikan pulley itu tidak longgar. Jika longgar itu ia punca berlaku keadaan tersebut. Pisahkan pully dengan roller dan gunakan gam 2 Tan (epoxcy) untuk melekatkannya semula.(Perhatian;berhati-hati dengan juruteknik yang dihantar oleh syarikat kerana terdapat beberapa kes yang kami jumpa hanya melekatkannya dengan gam cap gajah/3 second sahaja). Setelah betul-betul kering pasang semula roller tersebut.



Kerosakan pada Running Deck: Pecah/Retak

Pengguna akan merasakan melengkung dan tidak selesa semasa membuat larian di atas Running Deck. Biasanya berlaku jika penguna selalu berlari pantas atau lebih dari berat seperti dalam spesifikasi peralatan tersebut

Caranya

Buka Running Deck dengan membuka semua skru/kekunci Ellen pada penjuru Running Deck. Jika didapati retak atau pecah anda tidak perlu risau kerana ia boleh diganti. Kalau digantikan dengan seperti dari pengeluar ianya agak mahal. Anda boleh juga ke kilang membuat perabot untuk menempahnya dan kami syorkan supaya menampah satu plat besi pada bawah Deck dan menjadikannya lebih kuat.

Kerosakan selalu berlaku pada Main Board

Sudah berkali-kali menukar Main Board walaupun kadang-kadang sesetengah kes tu peralatan masih lagi dalam Warranty Period. Ini berlaku disebabkan pengudaraan tidak baik bagi menyejukkan IC pada Main Board

Caranya

Pastikan ruang penggunaan Treatmill berada pada pengudaraan yang baik. Buka cover bawah dan lihat jika berlaku kekotoran pada kipas penyejuk. Biasanya peralatan harga rendah kipas penyejuk ada terus pada Running Motor. Tebuk beberapa lubang bagi pengaliran udara jika perlu



Untuk kerosakan-kerosakan yang lain, InsyaAllah kita akan bertemu lagi. 

Sebarang bantuan hubungi kami.


Mizan 010-7604342

Kerosakan akibat Persekitaran (Environment Cause)







Kerusi Urut Brand:Ogawa Model: Smart 10 gen 4th




Ini satu lagi Brand bertaraf legend dalam family Ogawa ini kerana model ini telah dikeluarkan melebihi 5 tahun dan kerosakan pada keadaan minimum dan kebiasaan kerosakan adalah akibat kelusuhan dan cover mengelupas.

Akan tetapi ia juga tidak telepas dari kerosakan yang diakibatkan persekitaran seperti kelembatan dan haiwan perosak @ haiwan kesayangan anda!! Ini salah satu contoh kerosakkan akibat masalah seperti yang disebut.

Pengguna telah merujuk kes ini kepada Syarikat Pengeluar dan mereka mengkodkan harga yang agak tinggi. 

Antara sebut harganya:

Mainboard : RM 550
Power Ragulator : RM 150
Cas Servis : RM 100
Jumlah : RM 800

Oleh kerana itu pengguna ini telah menghubungi kami. Setelah itu kami memeriksa dan hasilnya hanya litar Power Regulator sahaja yang mengalami kerosakan. Kami mengantikan hanya Regulator ini sahaja. Tetapi diinggatkan jika Regulator ini di’bypass’kan ia juga boleh berfungsi. Cuma kemungkinan mainboard tidak tahan lama disebabkan mendapat voltan yang tidak seimbang. Jika anda dapat membaikinya sendiri boleh gunakan ini sebagai panduan. Selamat mencuba..   



Mizan 010-7604342






Error Code Untuk OG 2850 Brand Ogawa



Error code untuk OG 2850





Gambar Model Ogawa OG 2850


Bertemu lagi kita untuk DIY kerusi Urut. Kali ini kita membincangkan mengenai masalah “Error Code” yang sering keluar pada remote terutamanya produk Brand Ogawa. Pertama sekali kita bincangkan mengenai produk model OG 2850 (Smart Mate). Produk ini antara produk “Terlajak Laris” kerana model ini paling murah tetapi telah ditamatkan pengeluaran dan digantikan dengan model OG 5538A. Sila rujuk jadual dibawah.

Untuk mengaktifkan “auto-checking” tekan ON/OFF(Power)+KNEAD+TAP

Error Code
Penyataan
Penyelesaian
01
Remote control tested any pressed more
Kemungkinan berlaku butang remote tersangkut @ remote itu rosak
02
Remote control did not connected
Terputus hubungan remote dengan main board kerana frekuensi tidak sama @ komponen pada main board yang mengawal frekuensi rosak
03
Backrest signal is abnormal
Wayar hitam yang menyambungkan backrest dengan main board tidak disambungkan dengan elok
04
Backrest signal is abnormal
Wayar hitam yang menyambungkan backrest dengan main board tidak disambungkan dengan elok
07
Tested more than 2 wideth inspection signal
Cuba bersihkan sensor pada gearbox @ mingkin wayar yang menyambungkan sensor tercabut
13
Tested signals from up & down limit sensor
Periksa kondisi sensor yang ada pada posisi atas dan posisi bawah pada bingkai gearbox. Pada biasanya sensor ini mengunakan suis manual dan magnet.
 
Terdapat lagi beberapa lagi jenis error tetapi sukar untuk pengguna membaiki sendiri kerana kemungkinan berlaku kerosakan yang teruk pada Main Board. Sekiranya ada pertanyaan hubungi kami dan kami sedia membantu anda.


Mizan 010-7604342