Monday, February 22, 2016

Kemungkinan untuk error code 04,18 dan 20 bagi Model OG 2850, OG 5538 dan OG 5538A

Kali ini kami ingin membincangkan mengenai kerusi urut brand Ogawa model lama iaitu OG 2850, OG 5538 dan OG 5538A. Secara mudahnya error code 04, 18 dan 20 yang keluar pada remote ini adalah akibat dari rolling yang tidak berfungsi secara normal. Antara kemungkinan yang mungkin adalah keretakan/kehausan gear dalam motor. 

Selain dari itu, sensor pada rolling motor juga menjadi penyebab error code ini berlaku. Ini disebabkan sensor tidak dapat signal kepada main board untuk kiraan putaran motor dan kebiasaan sensor ini akan ditukar terus sekiranya rosak. Tetapi jangan risau, jarang berlaku sensor rosak.

Faktor lainnya adalah transfomer. Model OG 2850, OG 5538 dan OG 5538A menggunakan model transfomer yang sama dan model transfomer ini jenis bulat dan single input double output IN 230V OUT 10.3V/12V. Jika salah satu dari output ini tidak mengeluarkan voltan yang stabil error code ini juga akan keluar.





Rangka Model OG 2850 SMART SPACE


Mizan 010-7604342

Antara Kerja-Kerja Yang Kami Lakukan


Alhamdulillah selesai tugas kami di Kuala Terengganu untuk pemasangan Cover kerusi urut yang ditempah pelangan. Walaupun ada beberapa kerosakan kecil yang lain perlu kami baiki semuanya berfungsi dengan baik.

Mungkin proses menukar cover ni agak memakan masa yang agak lama tetapi kami mempunyai alasan tersendiri iaitu setiap hasil kerja kami perlukan ketelitian dan kami selalu ibaratkan setiap kerusi urut pelangan seperti kami buat untuk diri kami sendiri. Jika kami sendiri tidak puas hati bagaimana kami hendak memuaskan hati pelanggan kami.

Kami harap pelanggan ang telah mengunakan perkhidmatan kami berpuas hati degan hasil kerja kami.









Mizan 010-7604342