Saturday, October 3, 2015

Kenapa kami menggunakan material yang berkualiti

Memang pelanggan selalunya sukakan harga yang murah. Tapi perlu diingatkan jika bahan itu murah perlu kita ketahui kualiti sesuatu bahan tersebut jika tidak mungkin padah yang akan menimpa. Ini berdasarkan apa yang dialami pelanggan kami setelah menukar 'cover' kerusi urut yang menggunakan material yang kurang berkualiti akibat ingin terlalu berjimat dan pada akhirnya duit juga yang melayang.

Salah seorang pelanggan kami telah menempah satu cover kerusi urut Brand OGAW# dari salah satu kedai disebabkan beliau kurang berminat dengan sebut harga yang kami tawarkan. Tidak sampai sebulan pelanggan itu menggunakan balik kerusi urut yang telah ditukar cover beliau dan tidak disangka akhirnya semua jahitan pada cover merekah dan terkoyak. Bila beliau rujuk kembali kepada kedai tersebut hanya rasa kecewa yang dapat dengan jawapan dari pihak kedai tersebut yang mengatakan kami tidak menyediakan warranty kerana koyakan pada cover tersebut bukan dari kecuaian pihak kedai dan ia kerana bukaan airbag yang telah mengoyakkan cover tersebuat. Pelanggan itu pulang dengan rasa kecewa.

Akhirnya pelangan ini merujuk kembali dengan kami dan material bagaimana yang perlu dia buat. Jawapan kami hanya material yang berkualiti sahaja yang kami pilih sebab itu mungkin ada yang merasakan agak tinggi sedikit harga yang kami tetapkan dan setiap apa spare part yang kami tukar kami akan bagi warranty selama 3 bulan bagi memastikan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami.

No comments:

Post a Comment