Sunday, October 4, 2015

Kerosakan ibarat kanser yang merebak

Salam sejahtera semua yang sudi membaca blog ini, disini kami ingin memberi nasihat kepada pengguna-pengguna kerusi urut khasnya untuk yang rosak terutamanya akibat bencana banjir. Anda dinasihatkan agar jika anda memang ingin membaiki kerusi urut tersebut tetapi mungkin kewangan yang lain lebih memerlukan dari membaikinya mohin untuk supaya meletakkan kerusi tersebut dalam keadaan suasana yang elok dan bersih.

Ini mungkin akan menyebabkan kerusi urut ini berlaku peningkatan kos dalam membaikinya seperti cover yang sepatutnya tidak perlu ditukar terpaksa ditukar akibat mungkin kucing yang suka tidur. Pengalaman kami sendiri sampai binatang-binatang lain seperti katak,cengkerik,tikus dan tidak mustahil mungkin menjadi sarang ular @ biawak akan menjadikan kerusi urut ini sebagai tempat tinggal.

Pastikan simpan ditempat kering, terang dan tidak kotor serta elakkan terkena hujan. ini akan merumitkan lagi proses membaiki dan mungkin peningkatan kos pembaikian.

Saturday, October 3, 2015

Kenapa kami menggunakan material yang berkualiti

Memang pelanggan selalunya sukakan harga yang murah. Tapi perlu diingatkan jika bahan itu murah perlu kita ketahui kualiti sesuatu bahan tersebut jika tidak mungkin padah yang akan menimpa. Ini berdasarkan apa yang dialami pelanggan kami setelah menukar 'cover' kerusi urut yang menggunakan material yang kurang berkualiti akibat ingin terlalu berjimat dan pada akhirnya duit juga yang melayang.

Salah seorang pelanggan kami telah menempah satu cover kerusi urut Brand OGAW# dari salah satu kedai disebabkan beliau kurang berminat dengan sebut harga yang kami tawarkan. Tidak sampai sebulan pelanggan itu menggunakan balik kerusi urut yang telah ditukar cover beliau dan tidak disangka akhirnya semua jahitan pada cover merekah dan terkoyak. Bila beliau rujuk kembali kepada kedai tersebut hanya rasa kecewa yang dapat dengan jawapan dari pihak kedai tersebut yang mengatakan kami tidak menyediakan warranty kerana koyakan pada cover tersebut bukan dari kecuaian pihak kedai dan ia kerana bukaan airbag yang telah mengoyakkan cover tersebuat. Pelanggan itu pulang dengan rasa kecewa.

Akhirnya pelangan ini merujuk kembali dengan kami dan material bagaimana yang perlu dia buat. Jawapan kami hanya material yang berkualiti sahaja yang kami pilih sebab itu mungkin ada yang merasakan agak tinggi sedikit harga yang kami tetapkan dan setiap apa spare part yang kami tukar kami akan bagi warranty selama 3 bulan bagi memastikan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami.