Monday, March 17, 2014

Kerosakan Kerusi Urut Brand Ogawa Model OG 5117






Seringkali kita dengar kerosakan akibat daripada makluk-makluk perosak seperti tikus, lipas, air kencing tikus yang selalu merosakkan barangan elektronik rumah. Kerusi Urut adalah salah satu barang yang sering mengalami kerosakan akibat makluk perosak ini.


Ini merupakan kerusi urut Brand Ogawa Model OG 5117 telah mengalami kerosakan pada wiring akibat digigit tikus. Anda harus ingat bahawa jika berlaku kerosakan sebegini banyak Pihak Syarikat tidak memberi jaminan "Under Warranty". Jadi pengguna harus menanggung kos kerosakan yang dialami.

Ini adalah satu contoh pelanggan ingin tuntut "warranty" dari pihak syarikat dan juruteknik syarikat telah datang dan menjelaskan bahawa pelanggan ini perlu membayar kos yang agak mahal.

Kos-kos yang dikenakan :
1- Main Board : RM 450
2- Wiring Set : RM 150
3- Labor Cost : RM 100 (perlu dibayar walaupun pelanggan enggan baiki)
Total : 700 

Agak mahal juga kos pembaikian yang diperlukan. Oleh itu, pelanggan ini telah HUBUNGI KAMI dan kami sedia membantu.
Setelah diperiksa kami hanya menukarkan beberapa utas wayar sahaja dan menukar Power IC pada main board boleh rujuk gambar dibawah 


Tikus sering masuk pada casing bawah pada kerusi urut dan kami telah menukarkan beberapa wayar sahaja. Papan Litar ini bertujuan untuk mengawal Air Relay untuk Air Bag 


Main board ini yang kami periksa mengalami kerosakan dan kami hanya membaiki, tidak perlu pelanggan menukarnya dengan baru kerana kosnya agak mahal.



Power IC yang telah kami tukar.

Pada biasanya sintom kerosakan, kerusi bila ON dengan tiba-tiba Roller akan bergetar dengan sendiri. Kadang-kadang akan keluar error pada remote dengan remote akan berkelip-kelip.

Untuk model OG 5117 tiada error code yang tertentu. Model-model lain ada dan sila rujuk pada post yang lain


Mizan 010-7604342


5 comments:

  1. Boleh baiki kerusi urut gintel?

    ReplyDelete
  2. Berapa Kos utk tukar kulit kerusi urut ogawa sebab kulit dah banyak tanggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru dapat contact betulkan cushion

      Delete
    2. slm.. saya pun ada satu yg rosak jenis ogawa..bila call, no hp mekanik Mizan dah tiada langganan.. jadi macamana nak baiki ya.. tlg respon pm 0139365013

      Delete
  3. Boleh repair kerusi Ogawa model OG2850 tolong respon 0137738438

    ReplyDelete