Sunday, July 16, 2017

Tips penjagaan treadmills/barangan fitness

Assalamualaikum/salam sejahtera.

Penjagaan kesihatan adalah penting bagi semua orang jadi amalan ber 'exercise' boleh dikatakan wajib bagi setiap orang terutamanya orang yang bekerja dalam aircond(pejabat). Tapi atas faktor kesibukan dan juga keselamatan ramai yang memilih mengunakan peralatan kesihatan seperti treadmill kerana bila-bila masa jer boleh exercise tanpa risaukan masa, cuaca, keselamatan dan sambil-sambil menonton Astro pun boleh workout..

Walaubagaimana pun, pengunaan treadmill juga perlu dijaga bagi memastikan kelancaran / performance treadmill berada dalam keadaan baik dan jika tidak boleh mendatangkan kecederaan bagi penguna. Antara Tipnya adalah:

1) Letakkan silikon gris
Silikon gris perlu diletakkan pada bawah running belt sekurang-kurangnya 6 bulan sekali bagi melancarkan pergerakan dan mengurangkan geseran antara running deck denfan running belt. Silikon gris ini biasa diberi percuma semasa pembelian. Tetapi jika dah habis boleh jer beli kat oulet yang jual barang fitness seperti Fitness Concept.

2) Buat pemerikaan dibawah Treadmill
Pemeriksaan perlu dibuat sekerap yang mungkin dibawah treadmill bertujuaan memeriksa kotoran atau kerosakan dibawah deck. Jika ada getah atau deck yang pecah, ianya boleh berlaku kecederaan pada pengguna. Jangan risau kebiasaan treadmill home used boleh dilipat untuk tengok bahagian bawah. Treadmill yang 'permanent' biasanya digunakan di Gym sahaja.

3) Jangan gunakan extension cord
Extension cord untuk treadmill adalah agak bahaya. Banyak terjadi pada customer kami bila gunakan extension cord akan berlaku leakage current. Ini berlaku disebabkan wayar extension cord tidak cukup untuk support terutamanya grounding. Bila treadmill digunakan (bergerak) geseran running deck dan track akan menghasilkan static electricity, dan static electricity akan di neutralkan melalui earth (grounding). Jika grounding tidak cukup support ini mengakibatkan berlaku leakage current. Jadi kami sarankan agar terus plug in ke soket. Lebih elok gunakan power regular bagi memberikan voltan yang lebih stabil untuk treadmill.

bersambung...