Friday, May 1, 2015

Kerusi urut yang ditenggelami banjir

Banyak perkara yanhg perlu kita ambil perhatian until servis peralatan elektronik terutamanya kerusi urut yang ditenggelami banjir. Antara yang perlu diambil perhatian ialah gearbox yang terdapat motor yang menggerakkan roller ball.

Jika motor ini agak lama berada didalam air banjir ia akan mengakibatkan tersekat akibat karat dan lumpur yang telah masuk pada bearing dan rotor motor tersebut. Jangan panik untuk menukar motor tersebut. Cuba untuk servis dengan membuka kesemua bahagian motor iaitu meleraikan satu persatu bearing, magnet, dan rotor. Anda boleh membersihkannya dengan air biasa dengan menggunakan berus yang lembut dan jika karat melekat pads besi rotor, kertas pasir halus boleh digunakan dengan air.

Bearing mungkin juga sudah tersekat, jadi anda hanya perlu minyak WD40 sahaja untuk gerakkan pusingan balik. Jika tidak memuaskan tukar ulangi langkah tersebut.

Selamat mencuba.


Mizan 010-7604342