Monday, November 24, 2014

Proses Menukar Cover





Error Code Pada Remote

Salam, insyaAllah kali ini kita bicarakan mengenai error yang keluar dari remote kerusi urut. Disini kami menasihati agar pengguna yang selalu mangambil perhatian dengan kod amaran "error code" yang keluar dari remote. Ini disebabkan sistem elektronik pada kerusi urut telah mengesan sesuatu yang tidak normal berlaku pada sistem.

Sebagai contohnya sistem elektronik pada kotak gear "backrest" mengesan pergerakan yang tidak normal seperti motor rolling tidak memberi respon dalam masa 4 saat pada sensor. Kod amaran akan keluar pada remote ('04' untuk model 5538). Pengguna dinasihatkan membuat RESET* pada remote (cara bergantung pada model) dan jika kerusi urut masih lagi tidak berfungsi pengguna dinasihatkan tidak mencuba untuk ON dan "running" kerusi urut itu lagi kerana ini mengakibatkan masalah yang lebih teruk akan berlaku.

Masalah yang mungkin akan berlaku adalah seperti kebakaran/litar pitas pada papan litar, massage gearbox akan rosak, atau salah satu motor yang menggerakkan massage ball akan rosak. Ini akan menyebabkan kos membaikpulih menjadi tinggi.

Mengapa error kod ini keluar dan apa penyebab utama?

Error Code ini memberi isyarat bahawa ada berlaku sesuatu tidak normal pada sistem Kerusi Urut dan antara penyebab utama adalah dari kerosakan papan litar yang mungkin disebabkan makluk perosak seperti tikus @ lipas. Ada juga disebabkan dimasuki air dan sebagainya.

Kekotoran juga boleh menjadi sebab masalah ini berlaku. Ini disebabkan sensor tidak dapat mengesan posisi sebenar gearbox atau posisi massage ball kerana debu atau perca-perca kain yang terlekat pada sensor. Jadi selalulah membersihkan kerusi urut kesayangan anda.

Selain itu, ini disebabkan "wear and tear" atau peralatan lama dan lasak telah digunakan.

Bagaimana untuk mengelakkan dari ini berlaku?

Pengguna dinasihatkan agar sentiasa membersihkan kerusi urut dan memeriksa bahagian belakang kerusi urut agar tiada kekotoran atau sarang makhluk perosak. Jika anda memelihara binatang kesayangan seperti kucing, jangan biarkan kucing tidur diatas mahupun dibawah kerusi urut.

Selalu membuang debu dan sampah dicelah tempat duduk. Perhatikan jika ada material seperti pin kertas atau duit siling atau barang kemas yang selalu jatuh dicelah kerusi urut.

"Sayangi Kerusi Urut Anda, Anda Mampu Menjaganya"

*rujuk pada Service Mode

Mizan 010-7604342