Tuesday, August 26, 2014

Tips membeli kerusi urut online dan 2nd hand

Mungkin dikalangan dari kita suka akan membeli barangan secara online baru mahu pun terpakai terutamanya kerusi urut. Saya sendiri juga selalu membeli barangan terpakai "Bundle" baik dari online ataupun kedai menjual barangan terpakai.

Kerusi urut terpakai @ secondhand jika hendak membelinya haruslah menelitinya terlebih dahulu. Jika barangan itu rosak pastikan anggaran kos berbaloi untuk membelinya. Jika barangan itu nampak luaran masih elok pastikan berfungsi sepenuhnya seperti massage roller, airbag, remote dan naik turun backrest.

Antara yang haru kita perhalusi apabila membeli kerusi urut (2nd hand) adalah airbag. Airbag selalunya mudah reput apabila usia lebih dari 3 tahun. Jarang sekali model kerusi yang menggunakan airbag yang tahan. Tetapi model lama Ogawa seperti Smart Pride dan Smart 10 series menggunakan airbag tahan lama. Ada yang sudah mencapai umur 5 tahun lebih kepenggunaannya masih lagi berkeadaan baik.


Tidak kira anda ingin membeli apa jenama sekali pun samaada Osim, Gintell atau Ogawa pastikan anda memilih dengan betul supaya dapat mengelakkan dari kos luar jangka seperti kerosakan terjadi.

Lihat gambar rajah dibawah:


  Rajah 1 : Kepala penyambung airbag kepada air hose sudah patah



 Rajah 2 : Keseluruhan airbag pada urutan kaki telah pecah pada kepala penyambung



 Rajah 3 : Airbag pada tempat duduk (Seat) pecah



Rajah 4 : Walaupun nampak masih baru tetapi kesemua bahagian plastik pada airbag telah reput dan pecah




 Rajah 5 : Bahagian yang menyambungkan dengan Air Hose telah tercabut


Kami harap tips-tips ini berguna untuk anda jika ingin membeli kerusi urut 2nd hand. Jika perlukan bantuan kami hubungi :

Mizan 010-7604342