Saturday, July 12, 2014

Gearbox Problem

Problem Gearbox 

Kali ini kami ingin membincangkan mengenai masalah yang selalu berlaku pada gearbox model model yang agak outdated. Gearbox 2D ini pada kebiasaannya ada pada model yang agak lama dan model-model yang harga yang rendah. Jika model baru dan harga agak mahal gearbox yang digunakan adalah yang jenis 3D. Bezanya 2D berfungsi dengan Rolling, Tapping dan Needing dan gearbox 3D mempunyai kelebihan pada tekanan seperti urutan tekanan ibu jari.

Kerosakan ini amat jarang berlaku tetapi ada, pada kebiasaannya semasa urutan Roller akan terasa tersangkur dan berbunyi. Ini diakibatkan dengan casing bearing pada gearbox pecah (lihat gambar dibawah).

Kesan kerosakan pada bearing motor tapping

Agak rumit jika hendak menukarkan casing ini sahaja kerana semua komponen perlu dibuka dan pada kebiasaannya satu gearbox baru akan ditukar. Ini adalah salah satu pelanggan yang ingin mengurangkan kos pembaikian beliau dengan menukar hanya casing bearing sahaja, cuma kami memerlukan masa yang agak lama untuk menukarkannya

Kerja-kerja overhaul gearbox 2D



Mizan 010-7604342